Ahad, 10 Februari 2013

Ohh januari

ASSALAMUALAIKUM ...
                                       SALAM SEJAHTERA ... 


korang macam mane hopefully good good aje ekkk 


    Holaa semua ... looooooooooooooooooooonggggggggggggg timeeeeeeeee tak update blog . sampai aku sendiri boleh lupa password . hihihi . :P  sebenarnya , no idea laa nak update story ape . emmmmmm ... memandangkan awal tahun. (walaupon dah masuk bulan 2) so, aku nak story laa sikit ape yang jadi time birthday aku di bulan "Januari" .. 

    Untuk pengetahuan korang la kan , sebenarnya bulan 'Januari' merupakan bulan Aku dilahirkan . tarikh nya "11 Januari 1996" sama tarikh lahir dgn artiss pojaann malaya Dato Siti Nurhaliza . *bangga sekejap*

dan pada tarikh tu jugak laa majlis perpisah pengetua  kesayangan clifford En.Haidzir bin hussin atau ayahanda yang nak pindah ke sekolah lain . *sedih jugak time ni* .. takpelah dah tugas beliau kan .. ahaaaa , time dah habis majlis perpisahan si "mastermind" Syahirah khairy , Sam, Amalina and pengikutnya Nina prank aku  . nak tau dorang  buat ape ?


berdiri dari kanan :syera , aku , sam .
duduk : ama


 * taraaaaaaaaaa * dorang tepek muka aku dgn tepung yang dibancuh .. dan hasil nyaaaa macam dalam gambar tu. wahaaa .. actually aku ingat dorang tak nak wish sekali lebihhhhh dari wish dapat . *siap time birthday korang nanti*  ... and satu hal yang amat mengembirakan .. hihihihihihi . guess what ?? jap ehh .




    Tu diaaa artis pojaaan hatiku wish birthday aku ... hihihihihi *terharuuu gilaa* . tahu tak sape tuu ?? dia tu zahiril adzim laa . actually , aku yang mengedik tweet dkat dia ckp "hari ni birthday saya" then , tak ku sangka tak ku duga dia wishh .. tu baruuu wish , dah tak snang duduk ... belum dpt jumpa lagi .. kalau dpt jumpa tak dpt byg mcm mne reaksi aku .. *excited sihh*... tak de ke sesape nak bawak aku jumpa dia ??hihi -_- 


   lagii ??? .. petang birthday aku tuu aku ajak KK (haziq) , Oman , Nina dgn Syera buat task BI dekat rumah aku . Sebab aku tak boleh keluar pergi tempat lain. so , senang aku ajak dorg buat task dkt rumah .. tahu tahu je dah siap kitorang buat kerja . Mama dengan adik suprise kan aku . Dorang belikan kek .. thanks mama , adik ... 

    Part best ... hadiah laa .. hihihihi .. Amira bagi aku key chain . dah letak dekat phone..  Ama , Sam , Syera bagi aku subang .. sorry beb , aku tak tindik laa . tak boleh pakai subang tu . takpe satu hari nanti aku pakai . and .. ade orang belanja aku makan kfc .. hihihihihi .. tak dilupakan mamandak bagi aku champ .. TERIMA KASIH SEMUA terutama buat Mama , papa , abang , adik and semua yang bermakna dalam hidup aku . sayaaaaaaaaaaaannnnnnnnggggggggggg koranggggggggggggggg semuaaaaaaaaaa . *muahh sikit*


    Oklahh , korang korang .. cukuplah untuk entri yang tak seberapa kali ni . hope korang faham lahh ekkk .. bye bye *lambai tangan*






Khamis, 16 Ogos 2012



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
for all muslim . and salam sejahtera for non muslim .



       Mari - mari kakak -kakak , abang-abang . Dekya nak bagitahu ni   Sekarang Blog Dekya sudah berwajah baru . aishhh , tukar lagiiii . biasalah tukar-tukar ... taknaklah sama jee kan  boring jugak . tapi , kali ni simple je . and , kalau korang perasanlah kan entri Dekya sikit je kan ??? tak percaya tengok dekat blog arkib tuuuu ... hehehe . kenape ? sebab , post-post yang lama kebanyakkannya Dekya dah delete sebab rasa macam sangatttttt sengal . that's why lah sikit . and , satu faktor lagi Dekya JARANG UPDATE BLOG . ni pon ikutkan hati nak close je akaun blog ni . tapi , bila difikirkan balik , tak jadiklah ... biarpun tak ramai follower yang penting kepuasan yang kita dpt bila update sesuatu entri tu . kan ???  . cukuplah pasal ni . kita balik kepada tajuk kita hari ni .. "macam mana nak bergaya dengan pashmina " . hahaha . amek kau panjang nyaa tajuk ...

      Bulan Ramadhan dah nak pergi . tinggal berapa hari je lagi kita puasa . so , manfaatkanlah beberapa hari yang tinggal tu dengan perkara yang berfaedah ekk . >_< ...

      Kali ni special buat korang yang nak beraya tu . Dekya buatkan tutorial macam mana nak bergaya dengan pashmina korang tuhh . banyak style yang boleh kita cuba . tapi , kali ni Dekya tunjukkan tutorial yang bernama " BELLA ".... Hope dapat membantu korang ...



BELLA
_________

Apa yang perlu ada :

1. tudung pashmina .
2.Jarum peniti
3.Pin tudung .


Step 1 :

Macam biasalah pakai shawl , kemudian , jadikan mana-mana bahagian shawl sebelah panjang dan sebelah pendek .tak kesahlah kanan atau kiri . ikut keselesaan korang lah .


  
   

   STEP 2         

       Ambil  bahagian tepi kedua-dua belah shawl .







STEP 3 :

pusingkan bahagian tepi shawl kebelakang . kemudian pinkan di belakang .







STEP 4 :

 seterusnya , ambil bahagian pendek kemudian lilitkan pada leher dan pin kan pada anak tudung menggunakan jarum peniti . 

tak faham ? lihat gambar di bawah .






STEP 5 :

 Seterusnya , ambil bahagian yang panjang dan pusingkannya dari depan ke belakang sehingga ke bahu belah kiri (jika bahagian panjang korang sebelah kiri , kalau bahagian pnjng belah kanan so, lilitan akn berakhir belah kanan ) seperti gambar 1 dan 2 ...










STEP 6 :

    Seterusnya pinkan kiri dan kanan tudung supaya lebih kemas .









So , akan jadi macam ni . Korang kemaskanlah mana-mana bahagian yang menggelebeh tuh . 






dan , kalau korang buat tak jadi . satu nasihat , just make your own style .
Haraplah tutorial ni dapat membantu korang . kalau tak faham boleh tanya .

Sorry , kalau tak bagus sebab ni first tuto Dekya . Nak buat video tutorial malu lah . hehehe .

okeyhlah . cukup untuk hari ni . nanti Dekya buat style yang lain pulak okey ? ...


Sabtu, 5 Mei 2012

buka buku cafe


              

               Assalamualaikum , selamat pagi , petang , siang dan malam kepada readers yg disaygi .

Buah cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan ,
Saya Budak Baru Belajar ,
Salah silap harap dimaafkan .


         Disini Dekya nak kasi cerita sikitlah .. Gambar yang kat atas tuu ialah gambar yg ktorang snap time Study group pada jam 11:30 pagi bertempat di blog E tingkat bawah .maaf kpd empunya kelas sbb kelas anda menjadi mangsa ktorg study . FYI . kelas anda memang tidak tersusun sebelum kitorang study .so , jgn salahkan kami kalau kelas anda 'cantik' .

     oit , entri harini bukanlah pasal  study group ktorg tuu . tak penting pon . Tapi , entri hari bertajuk "buka buku cafe" ... haaaa . ape tu ?? meh keh cite sat ...

..................................................................................................................................................................
    
    semalam . sedang aku menghabiskan masa-masa lapangku dgn menonton filem Indonesia  "Love" . aku terlihat satu part ni dimana si pelakon perempuan pergi ke sebuah toko buku bernama "buka buku" . kelihatan toko buku itu sangat menarik walaupon hanya sebuah toko buku biasa . dan , pada masa yang sama aku terberangan .... aku bermonolog dalaman ....

       " wah , kan best kalau dekat lipis ni ade buka buku cafe . boleh aku sewa novel bebanyak . tak pom buku rujukan . sambil bace buku boleh minum-minum skit".

kemudian datang pulakk si pengmusnah harapan . iaitu , kata hatiku  .
    
      " hoi , tak payah berangan jauh-jauh laa . tuu , perpustakaan awam tu . banyak buku . tak terbaca pon . wawasan tinggi sokmo" ...

si berangan pulak berkata ...

     " alaa . perpustakaan tak best laa , tak fun langsung . sunyi je . haruslah berwawasan "

kata hati membidas ...

      "  lah nama pom perpustakaan . memanglah sunyi . kalau ye pom nak berwawasan berpada-pada lah cik adik oi"

ahkirnya ... si berangan dan si kata hati  tidak mendapat kata putus siapa yang betul dan siapa yang salah ... kesimpulannya ... kepada datuk-datuk . nenek-nenek . makcik-makcik . pakcik-pakcik. toloooooonglah buat something new dekat lipis ni . something yang fun .

 kalau budak laki atau belia dah dapat court futsal . budak perempuan atau beliawanis dapat ape ???? ......

*hopefully lah impian si budak baru belajar ni tercapai ..






Dekya taklah  nak cafe  yang macam kat atas ni . tapi , atleast yang lebih kuranglaa . itu ape yang Dekya mahukan , tak tahulah orang lain ....


* semua gambar-gambar ini diambil dari google image ...

sekian terima kasih .
dikuasakan oleh Dekya ....



Isnin, 16 April 2012

Buah cempedak diluar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan ,
Saya Budak Baru Belajar,
Salah taipan harap dimaafkan .


Sharifah Khasif merupakan salah seorang idola Dekya. Penampilan dan kebijaksanaa beliau membuang kelaziman pandagan masyarakat terhadap Qariah kebangsaan.


Gambar dan kenyataan dibawah dipetik daripada laman web rasmi kosmo ! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Sharifah Khasif dikenali sebagai seorang qariah dan mengkhatam al-Quran setiap kali Ramadan. Namun dia juga tampil bergaya, jauh daripada imej seorang ustazah.
"Bagi saya, biarlah melawan arus, daripada melawan akidah. Tentang pilihan berpakaian atau berfesyen, tepuk dada tanya selera. Apa yang penting ialah keikhlasan. Tuhan saja yang tahu keikhlasan kita," jawabnya tenang.

Dekya amat bersetuju dengan pendapat beliau . Sharifah Khasif telah membuka mata Dekya bahawa penampilan juga penting untuk seseorang . tetapi biarlah berlandaskan apa yang telah termaktub . Yang penting ikhlas .... korang macam mane ? setuju tak ?

di bawah ni link blog Sharifah Khasif
http://amazingsharifahkhasif.blogspot.com/

baiklah .. semua ni hanyalah tatapan buat korg sbb dah lama sgt Dekya tak update blog ...
gambar yang diambil melalui google ,


harapan Dekya ,
semoga Dekya menjadi seorang yang berfikiran terbuka seperti beliau . seiring di dunia dan akhirat .
Wallahualam....

# apa pun yang kita lakukan haruslah lakukan dengan ikhlas . sekian terima kasih .