Khamis, 16 Ogos 2012



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
for all muslim . and salam sejahtera for non muslim .



       Mari - mari kakak -kakak , abang-abang . Dekya nak bagitahu ni   Sekarang Blog Dekya sudah berwajah baru . aishhh , tukar lagiiii . biasalah tukar-tukar ... taknaklah sama jee kan  boring jugak . tapi , kali ni simple je . and , kalau korang perasanlah kan entri Dekya sikit je kan ??? tak percaya tengok dekat blog arkib tuuuu ... hehehe . kenape ? sebab , post-post yang lama kebanyakkannya Dekya dah delete sebab rasa macam sangatttttt sengal . that's why lah sikit . and , satu faktor lagi Dekya JARANG UPDATE BLOG . ni pon ikutkan hati nak close je akaun blog ni . tapi , bila difikirkan balik , tak jadiklah ... biarpun tak ramai follower yang penting kepuasan yang kita dpt bila update sesuatu entri tu . kan ???  . cukuplah pasal ni . kita balik kepada tajuk kita hari ni .. "macam mana nak bergaya dengan pashmina " . hahaha . amek kau panjang nyaa tajuk ...

      Bulan Ramadhan dah nak pergi . tinggal berapa hari je lagi kita puasa . so , manfaatkanlah beberapa hari yang tinggal tu dengan perkara yang berfaedah ekk . >_< ...

      Kali ni special buat korang yang nak beraya tu . Dekya buatkan tutorial macam mana nak bergaya dengan pashmina korang tuhh . banyak style yang boleh kita cuba . tapi , kali ni Dekya tunjukkan tutorial yang bernama " BELLA ".... Hope dapat membantu korang ...



BELLA
_________

Apa yang perlu ada :

1. tudung pashmina .
2.Jarum peniti
3.Pin tudung .


Step 1 :

Macam biasalah pakai shawl , kemudian , jadikan mana-mana bahagian shawl sebelah panjang dan sebelah pendek .tak kesahlah kanan atau kiri . ikut keselesaan korang lah .


  
   

   STEP 2         

       Ambil  bahagian tepi kedua-dua belah shawl .







STEP 3 :

pusingkan bahagian tepi shawl kebelakang . kemudian pinkan di belakang .







STEP 4 :

 seterusnya , ambil bahagian pendek kemudian lilitkan pada leher dan pin kan pada anak tudung menggunakan jarum peniti . 

tak faham ? lihat gambar di bawah .






STEP 5 :

 Seterusnya , ambil bahagian yang panjang dan pusingkannya dari depan ke belakang sehingga ke bahu belah kiri (jika bahagian panjang korang sebelah kiri , kalau bahagian pnjng belah kanan so, lilitan akn berakhir belah kanan ) seperti gambar 1 dan 2 ...










STEP 6 :

    Seterusnya pinkan kiri dan kanan tudung supaya lebih kemas .









So , akan jadi macam ni . Korang kemaskanlah mana-mana bahagian yang menggelebeh tuh . 






dan , kalau korang buat tak jadi . satu nasihat , just make your own style .
Haraplah tutorial ni dapat membantu korang . kalau tak faham boleh tanya .

Sorry , kalau tak bagus sebab ni first tuto Dekya . Nak buat video tutorial malu lah . hehehe .

okeyhlah . cukup untuk hari ni . nanti Dekya buat style yang lain pulak okey ? ...


1 ulasan:

  1. Akhirnya... ko update jugak blog kau.... hahahahaha... nice tuto Dekya... nanti boleh tak ko mansuhkan yang ini "sila buktikan bahawa anda bukan robot tuh?" sebab susah lah aku nak komen-komen...hahaha ko tau kan aku ni kurang kesabaran..
    oh lagi satu... tuto video aku dah siap.. besok aku upload ko tolong post boleh??? hehehehe...

    BalasPadam